Nuffnang Ads

Sunday 7 May 2017

Kimi No Na Wa (You Name)

Hai gaisss, bagi seorang yang terlalu fanatik dengan ANIME seperti aku mesti korang dah pernah tengok citer Kimi No Na Wa atau (You Name). Pada permulaan, aku langsung tak faham perjalanan citer ini sampai lah aku rasa agak menarik part yg dimana kedua-dua watak dlm citer ni saling bertukar badan mereka apabila terjaga dari tidur. Pada pengakhiran citer ni sebenarnya agak sedih bagi sesiapa yg pernah menjiwai citer anime-anime lain yg sedih tapi tak boleh setanding kesedihan dalam cerita NARUTO lah..haha..Kalau korang nk tahu boleh tengok dekat link fb aku ni https://www.facebook.com/diana.lomography sebab aku sudah upload..ENJOY!!!

Tuesday 20 December 2016

Tips Bersihkan Rumah

1) Supaya habuk tidak mudah melekat di perabot :
- Lap perabot menggunakan softener pakaian dengan kadar 1:10 iaitu 1 penutup softener dengan 10 cawan air.

2) Kilatkan lantai rumah :
- Pencuci lantai campur dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

3) Mewangikan rumah :
- Campur softener dengan cuka kemudian spray rumah (langsir atau sofa) Bau wangi akan tahan lama.

4) Menyegarkan bilik air :
- Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

5) Hilangkan kotoran sinki 'stainless steel' :
- Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi. Kemudian bilas dengan air panas.

Thursday 15 December 2016

Plan HERO UMobile Baru

Hai rakyat Malaysia semua,
Entry baru kali ni aku nak bercerita mengenai Plan HERO postpaid terbaru daripada UMobile.
Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah Plan Internet UMobile ini terbaik dan berbaloi?
Sebelum aku nak share, korang tengok la dulu area rumah korang tu ada ke tak coverage line untuk UMobile ni sebelum menggunakan plan ni. Bukannya apa, aku taknak korang membazirkan duit untuk melanggan internet bulanan yg mahal tanpa mengetahui terlebih dahulu coverage internet apa yang baik dan laju dekat tempat tinggal korang tu.

Pertama sekali, untuk orang seperti aku memang perlu menggunakan internet berbaloi yang termelampau ini. Sebab apa? Aku seorang pengguna internet yang tegar tau. Aku banyak menggunakan internet untuk melayan anime setiap hari, video facebook, menonton movie online, tengok youtube, main game online dan pengguna tegar laman instagram. Setiap hari aku akan mengakses segala bentuk maklumat dan juga hiburan melalui laman sesawang serta bebas mendownload segala anime yang aku nak. Hehe..jangan JELES..

Internet yang aku gunakan sekarang ni ialah Plan HERO P98 dan setiap bulan aku perlu membayar sebanyak RM104++ termasuk GST. Mesti korang rasa mahal gila nak mampuskan aku ambil plan ni?? Ikut kemampuan koranglah nak melanggan plan internet yang mana. So far, plan HERO P98 yang aku langgan ni sangat berbaloi sebab aku boleh share dengan family aku kat rumah, Lagipun, kat kampung aku pun ada line. Kalau guna line internet Telco lain haram slow nak mampus dan tak berbaloi. Kadang tu data internet aku ni tak terhabis guna pun sampai hujung bulan, Apa lagi aku bagi lah adik-adik aku download apa dorang nak daripada membazir data tak digunakan sebab dia akan renew data baru setiap 1 haribulan.


Kat atas ni adalah maklumat ringkas mengenai data yang telah aku gunakan. Tinggal 17 hari je lagi untuk renew data baru. Cuba korang tengok aku baru guna sikit je data, padahal setiap hari aku duduk online je. 30GB weh, banyak tue....

Kalau korang nak tau lagi, UMobile menawarkan unlimited VIDEO-ONZ streaming untuk P98 sahaja, that's mean, aku boleh melayan dan menonton seberapa banyak movie sampai lebam biji mata.


Selain itu, UMobile juga ada menawarkan unlimited MUSIC-ONZ streaming untuk semua plan HERO. Contoh :



Ada lagi, UMobile juga memberikan unlimited CALLS untuk semua rangkaian bagi P98 dan juga P70. Wah, bagi sesiapa yang kaki gayut setiap hari tu sesuai lah melanggan antara kedua-dua plan HERO ini. Huhu....

Ni kat bawah aku share tentang pakej plan HERO yang terdapat dalam laman web UMobile. Korang bolehlah akses ke https://www.u.com.my/postpaid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran daripada syarikat UMobile.


Sekian daripada ~~tanganseni~~
Pengguna UMobile
Data sayang U

Sunday 4 December 2016

FIRST ENTRY

Entry pertama pembuka kata untuk blog aku yang baru dirasmikan kerana blog lama aku ada masalah. Inshaallah aku akan share bahan-bahan mengenai SENI dan juga PENDIDIKAN di dalam blog ini. Sekian